Sarawak sedia menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 sekiranya diberi peluang menggalas tanggungjawab itu.<br /><br />Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia selepas Johor menolak tawaran untuk menganjurkan kejohanan tradisi nasional itu untuk edisi 2024.<br /><br />Perkara itu katanya telah dibincangkan semasa mesyuarat Exco Belia dan Sukan bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.